Thursday, 25 August 2011

Petua Imam Syafie – 4 perkara untuk sihat




Empat perkara menguatkan badan 
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan 
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata 
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata 
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran 
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama


^^

Thursday, 11 August 2011

Juz for fun.. layannnnn . ... ^^

 assalamualaikum allz .. hye smua. ..^^ ... ari ney kta jmpa lg d entry yg skadar utk santai2 ok n release tension ... hehehe ... 
Jom baca ... ^^
 Kisah :Saksi Ketiga Ala2 Adlin Aman Ramli 


Di sebuah majlis akad nikah, pengantin lelaki bernama Hussin (budak jaga kambing - bukan nama sebenar) :

Kadi : Hussin...

Pengantin Lelaki : Saya ustaz...

Kadi : Dengar baik2x ya Hassan... ."Aku nikahkan akan dikau dengan si Polan binti Polan dengan mas kahwinnya RM 80 tunaiii"

Pengantin Lelaki : "Aku terima nikahnya si Polan binti si Polan dengan mas kahwinnya RM 80 tunaiiii"





Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi pertama)

Saksi Pertama : SahKadi : Sah ? (ditanya kpd saksi kedua)

Saksi Kedua : SahKadi : Sah ? (ditanya kpd saksi ketiga)Saksi 

Ketiga : errrrr... .lontaran suara awak tidak jelas... saya tak dengar apa yg awak cakap... . pitching berterabur ke laut... keluar acuan terus, jiwa awak kosong... takde feel... . low note tak sampai, high note awak pulak... takde kawalan.. sepatutnyaa ditahan... kasi sustain... falseto lemah... improvisation R&B awak tak menjadi... burok benor bunyinyee... teknik ramify pun tak mantap... bunyi macam orang nak berak jerr... . satu jer yg saya suka... awak ade ciri2x seorang pesona bintang! awak boleh lebih berjaya sekiranya melakukan yg lebih terbaik!!!

heheheh . ..  kLau betul2 ada org mcm ni, pasti x sah nikah tue ..hahahha
juz 4 fun .. ^^



Sunday, 7 August 2011

Kisah 5 Perkara aneh

assalamualaikum kawan2 semua.. heheh ... harap dapat menjalani ibadah puasa dengan sabar dan penuh takwa.. ^^ . ..urm,, btw dalam entry kali ini saya ingin berkongsi sedikit maklumat yang begitu menarik sekali. Maybe, anda semua pernah membacanya atau belum pun membaca. So, sama2 Lar kta ambik iktibar drpd kisah ini . .Jom baca ..^^

Kisah 5 Perkara Aneh
Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahwa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan." Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan  diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'. Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuahmangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disadari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku." Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."



 Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya. Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."


Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahwa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukittetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu. Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."





So, renung2 kan lah kisah tersebut ... ^^

kta jmoa lg d entry yg akn dtg ye ..ehhehe ...

p/s : wlaupun Jarang m'update blog ... akn ttp b'blog jg .eheheh
see yaaaa . .^^